Tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk menjadi orang kaya adalah dengan berniaga. Namun ramai peniaga yang tidak sampai ketahap mencapai kekayaan disebabkan faktor seperti berikut :
1. Tidak mendaftar perniagaan.
2. Tidak menguruskan akaun perniagaan dengan betul.
3. Tidak cukup ilmu pemasaran dan juga perkembangan perniagaan.
4. Masalah paling utama, tidak mengisytihar pendapatan di LHDN.
Nak tahu perniagaan 1 perniagaan yang sangat mudah dan hasil yang sangat lumayan...???? sila isikan nama dan no whtsp anda di bawah.
1. Tidak mendaftar perniagaan.
Ramai yang memulakan perniagaan dengan niat hanya ingin mencuba, sebab itulah mereka tidak mendaftar perniagaan mereka di SSM mahupun di Pihak berkuasa Tempatan PBT. Kesilapan pertama ini akan mengakibatkan perniagaan ini hanya akan mencapai kejayaan statik sahaja, boleh kaya tapi makan masa yang akan panjang.
2. Tidak menguruskan akaun perniagaan dengan betul.
Aspek pengurusan akaun sangat penting. Ada peniaga yang lansung tidak mempunyai rekod kira-kira. Kunci kira-kira perlu disediakan untuk mengetahui perjalanan setiap duit, modal, untung rugi dan lain2. Dan yang paling menyedihkan lagi ada peniaga yang merompak perniagaannya sendiri. Duit perniagaan dan duit persendirian di campur aduk.
3. Tidak cukup ilmu pemasaran dan juga perkembangan perniagaan.
Perniagaan yang hebat adalah perniagaan yang sentiasa peka dengan perubahan semasa. Promosi dan juga kemajuan perkhidmatan dan juga produk perlu seiring dengan keadaan semasa. Perlu ada penambah baik dan juga unsur2 baru didalam perniagaan supaya tidak ketinggalan. Ambil contoh hp Nokia, suatu masa dahulu sangat hebat, namun sekarang ketinggalan di belakang kerana tidak mengikut peredaran teknologi semasa.
4. Masalah paling utama, tidak mengisytihar pendapatan di LHDN.
Ini adalah kunci utama sesebuah perniagaan itu berkembang dan menuju kekayaan. Ramai peniaga yang sangat takut untuk mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka kerana takut dikenakan cukai yang tinggi. Dalam perniagaan, modal untuk mengembangkan perniagaan sangat2 diperlukan. Disinilah pentingnya mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN. Semakin tinggi cukai anda bayar kepada LHDN semakin tinggi peratusan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan untuk modal dan juga pembelian aset seperti rumah, kedai dan kereta. Bank tempatan akan memberikan pinjaman berdasarkan rekod anda dengan LHDN. Oleh itu sangat2 penting isytihar pendapatan perniagaan anda kepada LHDN bagi mendapatkan pinjaman. Jangan risau, cukai hanya beberapa percent sahaja daripada keseluruhan keuntungan anda, LHDN bukannya nak ambil semua duit anda. Ingat, memudahkan anda mengembangkan perniagaan, anda perlukan modal duit, pinjaman rumah, kedai dan juga kereta, oleh itu sangat penting bayar cukai.
Nak tahu cara mudah mendapat pendapatan sampingan.... ??? Klik di sini-------- > JANA PENDAPATAN
Sulaiman Ismail
0107843542
No comments:
Post a Comment