Perniagaan umpama suatu kehidupan, mempunyai jasad dan nyawa. Apakah jasad dan nyawa sebuah perniagaan??? Jasad sesebuah perniagaan adalah Perkhidmatan atau Produk manakala nyawa bagi sesebuah perniagaan adalah promosi atau pemasaran.
Berminat dengan perniagaan yang mudah dan tidak berisiko, sila isi kan nama dan no whtsp anda dibawah ini
Sebelum memulakan perniagaan, seorang peniaga harus memilih bentuk perkhidmatan atau produk yang ingin diniagakan. Apa jua bentuk perniagaan yang anda jalankan, perancangan sangat penting. Jasad perniagaan perlu dipilih dan disediakan dengan betul dan tepat pada waktunya. Seperti manusia, sekiranya jasad tidak sihat, sukar untuk melakukan tugasan harian. Begitu juga dengan perkhidmatan dan produk perniagaan. Pastikan perkhidmatan dan produk adalah terbaik dan memenuhi kreteria keperluan dan kehendak sekeliling dan tepat pada masanya. Jika memilih perkhidmatan atau produk yang tidak diperlukan atau tidak kena pada waktunya, perniagaan ini bakal mengalami kerugian yang boleh menyebabkan perniagaan gulung tikar. Walaupun promosi yang hebat sekali digunakan, namun sekiranya perkhidmatan atau produk tidak di perlukan, ianya adalah sia-sia.
Begitu juga apabila Jasad perniagaan sangat hebat, perkhidmatan dan produk sangat diperlukan dan kena pada waktunya. Namun tanpa Promosi atau pemasaran yang di umpamakan sebagai nyawa bagi sesebuah perniagaan, maka Jasad tidak akan bernyawa. Produk dan perkhidmatan akan kurang mendapat sambutan lantaran promosi atau pemasaran yang kurang menyerlah. Kadang kala, produk atau perkhidmatan tidaklah sehebat mana, namun disebabkan promosi yang sangat hebat, perkhidmatan dan produk boleh di pasarkan dengan hebat sekali. Oleh itu sangat penting bagi seorang peniaga memilih jasad yang betul dan memastikan jasad tersebut bernyawa.
produk atau perkhidmatan di ibaratkan sebagai jasad, promosi dan pemasaran adalah nyawa.
Tanpa nyawa jasad tidak bermakna.
Tips menjana pendapatan melalui perniagaan online
sila klik di sini ---- > JANA PENDAPATAN
slay
0107843542
No comments:
Post a Comment